
Untuk Ingatan…
Website ini utk keluarga pembeli www.rahsiabun.com sahaja. Seperti diberitahu dlm web, pakej ini untuk kegunaan keluarga dan perniagaan makanan anda. Buat masa ini, pakej ini bukan untuk pengajar masakan walau apa tujuan & alasannya.
Anda dilarang berkongsi secara terbuka segala resepi, tips dan teknik di dalam panduan ini samada di internet, fb, group, komen dan sebagainya. Tapi boleh kongsi dgn orang perseorangan melalui taip/cakap/tulisan anda sendiri. Itupun jika betul-betul perlu. Cuma kena ingatkan orang tu, tidak boleh kongsi secara terbuka juga.
Namun seeloknya beritahu mereka untuk beli sendiri melalui laman webnya. Atau anda belikan untuk mereka sebagai hadiah. Kalau rakan minta resepi, kata je “Elok belajar di www.rahsiabun.com berbaloi”
Semoga kita menjaga keberkatan ilmu yang dipelajari agar diri, anak dan keluarga anda baik, sihat dan dijauhi musibah . InshaAllah
PSST: Sebarang pertanyaan perlu guna whatsapp (+60137757915) Tapi sebelum bertanya, pastikan anda tonton kesemua video dan baca kesemua tips dalam website..Bukannya tengok sikit, wasap, tengok sikit wasap
Versi web ini baru sahaja dibuat dengan copy dari versi dvd saya. So jika ada kesilapan copy, sila wasap saya taw. tq.
MENU UTAMA
Boleh klik Menu Di bawah atau scroll Down
MODUL 1: MEMBUAT BUN ORIGINAL
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 2: MEMBUAT ANEKA INTI BUN
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 3: MEMBUAT ANEKA BUN SPECIAL
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 4: MEMBUAT PAU SPECIAL
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 5: CARA GUNA MESIN & KIRA KOS
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 6: BONUS PIZZA & INFO MENARIK
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 1: MEMBUAT BUN ORIGINAL
1a. Pengenalan Dan Proses Membuat Bun
Di dalam video ini anda akan belajar membuat pelbagai aneka bun, pau dan pizza yang enak dan lazat. Resepi dan teknik membuat bun adalah dari pengalaman saya bekerja di hotel dan bakery dengan modifikasi tambahan. InsyaAllah anda akan dapat menghasilkan bun sehebat di kedai.

Proses membuat bun tidaklah sukar. Secara ringkas kesemua bahan-bahan di timbang terlebih dahulu. Bahan kering perlu dicampur dan digaul terlebih dahulu. Kemudian dimasukkan bahan cecair. Setelah bahan menjadi doh, barulah dimasukkan shortening. Doh kemudian diuli sehingga sedikit kenyal. Seterusnya diperam dan dibahagi kecil, diisi inti dan dibakar.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1b.Peralatan Yang Diperlukan

1. Penimbang Biasa Atau Penimbang Digital
Bahan-bahan perlu ditimbang dengan betul. Anda boleh menggunakan penimbang biasa atau penimbang digital. Saya lebih suka menggunakan penimbang digital kerana timbangnya lebih tepat dan mudah. Harga penimbang digital tidaklah mahal dalam RM50 – Rm80 sahaja. Semua bahan perlu ditimbang dalam gm.
2. MESIN MIXER atau BREAD MAKER atau BEKAS PLASTIK
Jika anda tidak memiliki Mesin Mixer Heavy Duty, anda boleh menggunakan bekas plastik untuk membancuh dan menguli doh bun. Bekas plastik ini boleh dibeli dengan mudah di hypermarket. Namun nak lebih mudah, beli mesin mixer heavy duty. Bread maker lebih murah dan memudahkan kerja menguli.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul

1b. Peralatan Yang Diperlukan

3. Roller, Dough Divider dan Meja
Meja diperlukan untuk kerja-kerja menguli doh dan membahagikan doh sebelum dibakar. Anda boleh menggunakan apa sahaja meja di dapur anda. Manakala doh divider digunakan untuk memotong doh dan roller untuk mengelek doh. Jika tiada doh divider, boleh diganti dengan scraper atau apa sahaja besi atau plastik nipis. Manakala roller boleh digantikan dengan cawan plastik yang tinggi.

4. Oven Biasa Atau Industrial Oven
Kita perlu menggunakan oven untuk membakar bun. Untuk rumah, boleh menggunakan elektrik oven yang biasa. Tetapi untuk perniagaan, elok gunakan industrial gas oven kerana hasilnya lebih baik dan boleh masak sekali banyak.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul

1b. Peralatan Yang Diperlukan

5. Mesin Doh Divider
Mesin doh divider membahagikan doh besar kepada doh kecil. Caranya anda masukkan 800gm doh besar yang leper ke dalam mesin diatas dan tekan. Ia akan bahagikan kepada 20 bahagian, setiap satu 40gm dengan sama rata.
6. Mesin Doh Divider Rounder
Mesin doh divider rounder sama seperti mesin doh divider. Bentuk mesin pun sama. Cuma ia ditambah dengan fungsi membulatkan doh kecil sekali. Ia sangat memudahkan kerja membahagi dan membulatkan doh kecil anda.

5. Mesin Doh Proofer
Mesin ini untuk perap doh bun kecil supaya ia kembang sebelum dibakar. Pada saya mesin ini tidak perlui kerana suhu negara kita sesuai untuk doh kembang. Tetapi jika anda mahu gunakan, caranya mudah sahaja. Di dalam mesin ini ada bekas air yang perlu diisi air. Boleh isi separuh dari bekasnya. Kemudian setkan humidity(kelembaban) kepada 90%. Dan setkan suhu atau temperaturenya antara 27 darjah celcius hingga 29 darjah celcius. Kemudian hidupkan mesin dan setkan masa dalam 45 minit. Anda juga boleh baca manusl mesin ini untuk cara setkan mesin proofer ini.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1c. Resepi Bun Original
Bahan A: Kering
500gm Tepung Roti
100gm Gula Halus
6gm Garam
10gm Yis Segera
30gm Susu Tepung
7gm Bread Improver
50gm Shortening (Lemak Sayuran) / Buttercup Tong (Salah Satu)
Bahan B: Cecair
260gm Air Sejuk
50gm Telur Penuh (1Biji Telur)
Bahan C: Tepung Tambahan
50 gm Tepung Roti
Utk permulaan elok buat bun dengan buttercup tong mcm dalam video breadmaker sebab lagi lembut. Tapi nak niaga guna shortening brand adela keluaran felda, baru lembut. Tanya kedai bakeri, brand apa yang mereka guna. Jika shortening selain/bukan adela, biasanya menjadikan roti kurang lembut.
1b. Resepi Bun Gandaan
(Tukar posisi handphone ke landscape utk lebih besar)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1d. Video Menguli & Membuat Doh Bun
Video 1d: Cara Menguli & Membuat Doh Bun
Ringkasan video di atas:
1. Resepi ada di modul 1c. Atas video ini sahaja. Video ini untuk uli dgn tangan, jika nak uli dengan mixer heavy duty ada di ajar di dalam video 5a.
2. Timbang ke semua bahan A dan ramas dengan tangan hingga menjadi serbuk.
3. Masukkan bahan B iaitu cecair. Kemudian gaul sehingga menjadi doh. Doh perlu sedikit melekat-lekat.
4. Kemudian masukkan bahan C dan gaul. Pada ketika ini doh tidak terlalu melekat pada tangan.
Peringatan: Doh yang anda hasilkan mungkin lebih lembik. Ini kerana jenama tepung yang berbeza memerlukan sukatan air yang berbeza. Brand shortening yang berbeza juga mempunyai kecairan yang berbeza. So kena adjust air paip sahaja seperi diterangkan di dalam tips tambahan di modul 1g.
Nota: Untuk shortening, elok cari shortening brand adela keluaran felda. Banyak dijual di shopee. Yis guna brand saf instant. Tepung roti cari brand diamond.
5. Seterusnya uli doh selama 20-30 minit. Nak tahu doh dah ok, cuba bulatkan doh besar. Jika atasnya belum licin, kena uli lagi. Biasa saya uli dalam 20 minit jee dengan tangan.
Nota: Jika anda penat, anda boleh uli 10-15minit dulu, Kemudiah rehat 5minit dan uli lagi 10-15minit
6. Doh yang telah siap, dibiarkan kembang di atas meja selama 30 minit.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1e. Video Menguli Dgn Bread Maker
Video 1e: Cara Menguli Dgn Bread Maker
Ringkasan video di atas:
1. Resepi ada di modul 1c. Rujuk sana. Di dalam video ini saya guna buttercup tong. Oleh kerana rasa buttercup tong yg lemak, so kita kurangkan susu tepung dari 30gm kepada 20gm sahaja.
2. Timbang ke semua bahan A di dalam bekas breadmaker dan ramas dengan tangan hingga menjadi serbuk. Kemudian masukkan bahan B dan pasang bekas breadmaker ke dalam breadmaker.
3. Pilih menu breadmaker untuk menguli sahaja iaitu menu knead atau menu dough. Setkan masa menguli. Ada breadmaker yang perlu 45minit dan ada yang perlukan 30minit seperti dalam video. Yang penting doh besar apabila dibulatkan, atasnya licin seperti diberitahu di dalam video. 1c. Jika belum licin, kena uli lagi.
4. Hidupkan mesin breadmaker. Biarkan mesin breadmaker uli adunan sehingga menjadi doh. Dohnya perlu sedikit melekat.
5. Selepas jadi doh, masukkan bahan C. Apabila bahan C bercampur, doh tidak terlalu melekat pada tangan.
Peringatan: Doh yang anda hasilkan mungkin lebih lembik. Ini kerana jenama tepung berbeza memerlukan sukatan air yang berbeza. Brand butter yang berbeza mempunyai kecairan yang berbeza. So kena adjust air paip sahaja seperi diterangkan di dalam tips tambahan modul 1g
5. Biarkan mesin breadmaker uli sendiri dengan masa yang di set. Lepas siap, test bulatkan doh besar dengan tangan. Jika atas belum licin, kena tambah lagi mssa menguli.
6. Selepas siap uli, biarkan ia kembang selama 30 minit di atas meja
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1f. Video Membulatkan Dan Membakar Bun
Video 1f: Cara Membulatkan Dan Membakar Bun
Ringkasan video di atas:
1. Doh besar yang siap dibahagi kecil dan ditimbang 40gm atau 50gm untuk setiap biji doh kecil.
2. Doh kecil dibulatkan dengan tangan dan di letakkan di atas loyang.
3. Setelah siap semua, masukkan inti ke dalam doh kecil. Dan bulatkan semula dan diletakkan semula di atas loyang.
4.Selepas siap,, kita biarkan ia kembang selama 45 minit – 1 Jam bergantung pada cuaca rumah anda. Ia perlu kembang dua kali ganda dari saiz asal.
Nota: Jangan buka kipas semasa doh di perap atau kembang. Dan elok tutupkan dengan plastik.
5. Selepas siap kembang , kita sapukan egg wash di atas doh kecil. Cara buat egg wash ialah dengan hanya campurkan sebiji telur dan dua sudu susu segar. Boleh gantikan susu segar dengan air paip jika mahu jimat.
6. Kemudian kita bakar dengan suhu 180 darjah untuk industrial oven dan 150 darjah untuk oven kecil. Jangka masa membakar dalam 20minit- 25minit sahaja. Suhu dan masa bakar bergantung juga pada kualiti oven anda. Untuk tahu roti dah masak bahagian kulitnya dan bawahnya telah brown.
Nota: Cara guna oven biasa dan industrial oven ada diajar di modul 5b
7. Setelah masak, sapukan atas bun dengan marjerin untuk ia berkilat. Sapukan semasa roti masih panas supaya apabila sejuk ia tidak berminyak.
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1g. Tips Menjadikan Bun Lembut, Sedap & Lain2
Penting: Sila baca kesemua tips dgn teliti sebelum buat bun
1. Tepung roti yang digunakan di dalam video ialah tepung roti brand diamond. Jika anda menggunakan tepung roti brand lain, biasanya sukatan air sedikit berbeza. Ini kerana kadar serapan air disetiap ladang dan musim berbeza. Jangan risau. Anda buat dulu ikut resepi di dalam video ini. Jika lembik sangat dan melekat-lekat, boleh tambahkan sedikit tepung. Tapi untuk cubaan kedua, anda kena kurangkan 5gm atau 10gm sukatan air. Sebaliknya jika adunan anda langsung tidak melekat, elok pada cubaan keduantambahkan lagi 5gm atau 10gm sukatan air untuk menjadikan roti anda lebih lembut.
2. Untuk permulaan elok guna buttercup tong spt dalam video breadmaker. Buttercup tong menjadikan roti lebih lembut. Tapi untuk berniaga kena guna shortening kerana harga lebih murah. Shortening wajib cari jenama adela keluaran felda kerana ia buat roti lembut.(dulu brandnya nama marina). Jika anda guna shortening jenama lain, roti akan kurang lembut. Selain buttercup tong, anda juga boleh guna pure butter brand achor. Kalau guna pure butter roti lagi jadi sangat lembut. Cuma mahal.
3. Jika breadmaker anda tiada fungsi menguli selama 30 minit. Guna sahaja mana-mana menu uli. Selepas on kan mesin, anda perlu tengok jam. Sampai 30minit, pause atau stopkan mesin breadmaker. Kemudian cuba bulatkan doh besar, jika belum licin, masukkan balik dalam breadmaker dan sambung uli lagi selama 10 minit. Yg penting uli sampai bahagian atas doh licin apabila dibulatkan.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1

1g. Tips Menjadikan Bun Lembut, Sedap & Lain2
4 .Elok gunakan yis brand Saf Instant. Kerana yis jenama ini lebih tahan lama. Untuk di rumah elok beli pack kecil. Manakala untuk bisnes elok beli pack besar kerana lebih murah. Yis mudah rosak jika terdedah dengan udara. So jika ada lebih anda perlu ikat rapat dan simpan dalam bekas kedap udara. ika doh anda tidak kembang, maksudnya yis mati. Cara menguji yis masih hidup dgn mencampurkan yis ke dlm air suam dengan gula. JIka berbuih, yis masih hidup.
5. Yis tidak boleh diletakkan di tempat yang panas dan perlu disimpan ditempat yang gelas. Yis tidak boleh diletakkan dekat dengan garam pada jangka masa yang panjang. Jika diletakkan sekejap dekat garam, tiada masalah.
6. Proses menguli dgn mesin mixer heavy duty menghasilkan haba yang tinggi. Elok guna campuran ais dan air untuk ia sangat sejuk. Ini dapat mengelak yis dari mati akibat kepanasan mesin mixer heavy duty. Jangan uli terlalu lama guna mesin mixer. Selepas adunan jadi doh, uli lebih kurang 7-10 minit sahaja. Pastikan juga doh tidak panas, selesai menguli.
7. Jika anak anda allergic dengan susu tepung, boleh gantikan dengan susu soya. Jika allergic dengan telur, boleh tidak letak telur dan tambahkan lagi 40gm sukatan air.
8. Bun perlu dibungkus dalam plastik utk lembut tahan lama. Lepas bakar, tunggu 2 jam hingga ia sejuk dan masuk bun dalam plastik atau bekas kedap udara untuk ia tahan lebih lama. Jika anda beli roti, anda akan ikat, jika tak makan, kan. Selepas anda bungkus, barulah kulit bun akan lebih lembut. .

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1

1g. Tips Menjadikan Bun Lembut, Sedap & Lain2
9. Susu merupakan bahan yang menjadikan bun sedap dengan rasa lemak. Anda boleh kurangkan sukatan susu tepung jika mahu jimat. Dan boleh tambahkan lagi sukatan susu tepung untuk lebih sedap. Telur juga menjadikan bun sedap. Pastikan anda menggunakan telur yang segar. .
10. Jangkamasa perap doh ialah sehingga doh bun kembang dua kali ganda. Biasanya dalam masa 45minit-1jam bergantung pada cuaca juga. Tapi jika anda guna alat proofer, boleh perap 45 minit. Cara guna proofer ada di bab peralatan. Lagi kembang doh bun, lagi lembut bun anda. Jika bun anda kurang kembang, tambah sahaja masa perap lagi.
11. Bakar terlalu lama juga menjadi dalam bun kering dan kulitnya kurang lembut. So jika dalam bun anda kering, anda perlu kurangkan masa membakar bun. Kulit jgn terlalu brown.
12. Beli Bahan Di kedai Bakery Berbeza. Elok juga anda cuba beli bahan-bahan di beberapa kedai bahan bakery yang berbeza. Kerana ada juga kedai bahan bakery yg menjual bahan2 yg kurang baik dan stok lama. Ada juga kedai bahan bakeri mencampurkan tepung high protein dgn tepung gandum untuk menjual dengan harga lebih rendah. Untuk berniaga elok beli dalam guni kerana ia lebih murah, stok baru dan confirm tidak dicampurkan dengan tepung biasa. Elok cari tepung roti yang disarankan untuk hasil yang bagus. . Jika anda beli yis di kedai runcit, takut yis mereka stok lama dan disimpan di tempat panas. So elok beli di kedai bahan bakari. So jika hasil roti anda kurang baik, cuba dulu cari kedai bahan bakeri lain dan buat semula.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1

1g. Tips Menjadikan Bun Lembut, Sedap & Lain2
13. Untuk Egg Wash kita gunakan campuran fresh milk dan telur seperti dalam video. Jika anda ingin lebih jimat boleh guna camuran air paip dan telur. Sukatannya sama sahaja. Boleh tambah setitik essen vanila untuk hilangkan bau hanyir jika guna air paip dan telur. Nak lagi jimat, boleh spray air paip sahaja di atas bun sebelum bakar. Tapi spray air shj, bun kurang kilat.
14. Bread Improver & lemak sayuran elok beli di kedai bahan bakery kerana lebih baik/baru dari pasaraya Elok cari lemak sayuran brand adela keluaran felda. Nak roti lembut kena cari bread improver brand topaz atau soft pro. Semua bahan untuk melembut roti dalam bentuk serbuk adalah bread improver. Sekarang nie banyak nama baru untuk tujuan marketing. Macam marjerin dinamakan Planta untuk tujuan marketing. Sebenarnya adalah marjerin.
15. Jangka Masa Menguli Jika doh besar dibulatkan, kulitnya licin dan cerah, maka ia menunjukkan doh anda cukup diuli. So semasa anda menguli, cuba test bulatkan doh besar. JIka bahagian atas doh besar masih tidak licin, maka anda perlu uli lagi. Cara membulatkan doh besar ada diajar dalam video. Jangka masa uli bergantung juga pada kekuatan tangan anda menguli dan bergantung juga pada brand tepung roti kerana kadar serapan air berbeza untuk tepung berbeza brand. Jika doh terlalu lembik, masa menguli akan lebih lama. Jika anda dapat sukatan air yang sesuai dengan tepung anda, uli tidak lama pun doh dah cantik. Dari pengalaman saya bekerja, tidak perlu uli lama sehingga elastik. Kerana lebih lama anda uli, lebih kenyal doh dan kurang lembut bunnya.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1

1g. Tips Menjadikan Bun Lembut, Sedap & Lain2
16. Cara Atasi Atas Bun Hitam Dibakar Dgn Oven Biasa. Lebih baik anda letakkan satu tray di tingkat atas oven (di atas bun) semasa membakar dengan oven kecil biasa. Ini dapat mengelak bahagian atas bun cepat hitam. Kipas dalam oven juga perlu dibuka untuk mengelak atas bun cepat hitam. Jangka asa bakar dalam 20-25 minit sahaja. Jika dalam masa 25 minit, bun tak masak2, anda perlu naik kan lagi suhu oven anda. So kena adjust juga suhu oven anda. Sebab walaupun anda setkan 160 darjah celcius utk oven kecil, tapi dalam oven belum tentu 160 darjah celcius. Jika atas bun anda cepat hitam, boleh kurangkan suhu kepada 150 darjah. Nak bahagian atas bun cantik, Elok guna industrial oven. Industrial oven menggunakan suhu 180 darjah.
17. Pengalaman saya bekerja memang guna campuran air dan ais dengan mesin mixer heavy duty. Elok guna campuran ais dan air untuk menghasilkan air yang benar-benar sejuk. Air yang benar-benar sejuk akan menghasilkan struktur doh yang lebih baik. Jika menggunakan mesin mixer heavy duty, elok masukkan sekali ketulan ais yang belum cair. Tetapi jika uli menggunakan tangan, anda perlu tunggu aisnya cair. Jika uli dengan tangan, anda kena uli kuat sikit untuk memberi sedikit kepanasan pada doh untuk yis membiak. Jika anda menguli dengan mesin mixer heavy duty, wajib guna air sejuk kerana kepanasan mesin mixer boleh membunuh yis.
18. Semasa membulatkan doh bun kecil, jika doh terlalu melekat pada tangan anda. Boleh sapukan sedikit sahaja pada tapak tangan anda dengan minyak jagung. (Dalam bab peralatan ada diterangkan mesin khas untuk membahagi dan membulatkan doh kecil).

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1h. Pengawet Roti Dan Ketahanan Bun

Bun di dalam resepi ini hanya tahan 4 hari di dalam plastik. Jika anda ingin tahan satu minggu, anda kena gunakan pengawet roti atau dipanggil ubat roti jenis Calcium Propionate. Ia serbuk berwarna putih. Ada dijual di kedai bahan bakeri. Caranya masukkan 0.6gm pengawet roti jenis calcium propionate ke dalam 1kg tepung roti di dalam bahan kering. Bun tidak boleh terdedah pada udara. Selepas dibakar, biarkan sejuk selama 2 jam di atas meja. Dan terus pack dalam plastik atau simpan di tempat tertutup. Jika anda beli roti atau bun, anda akan ikat di dalam plastik kan, jika tidak dimakan. Sebab itu ia tetap lembut..


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
MODUL 2: MEMBUAT ANEKA INTI BUN
2a. Video Membuat inti Kacang Merah
Video 2a: Cara Membuat inti Kacang Merah
Resepi Inti Kacang Merah
250gm Kacang Merah
300gm Gula Pasir
200gm Minyak Masak
50gm Marjerin
Ringkasan video di atas:
1. Kacang merah perlu direndam selama 12 jam atau semalaman untuk ia lembut.
2. Kemudian ia perlu direbus sehingga empuk. Selepas rebus toskan betul-betul kering dulu dalam masa 15 minit.
3. Seterusnya masukkan kacang merah, gula pasir, minyak masak dan marjerin ke dalam bekas blender dan kisar dengan blender hingga halus. Elakkan dari menambah air semasa mengisar kacang merah anda.
4. Kemudian ia dimasak sehingga pekat dalam masa 1 jam sehingga pekat.
Nota: Biasanya kedai roti membeli siap inti kacang merah dari kedai bahan bakery atau pembekal. Ia lebih menjimatkan masa. Kalau beli dari pembekal lagi murah dan jimat.
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2b. Video Membuat inti Kaya
Video 2b: Cara Membuat inti Kaya
Resepi Inti Kaya
100gm Gula Pasir
300gm Gula Pasir
200gm Santan Kotak
100gm Air Paip/Susu segar
4 biji Telur
Sehelai Daun Pandan
Nota: kalau nak rasa lagi lemak, boleh guna susu segar. Kalau nak lagi jimat boleh guna air paip sahaja.
Ringkasan video di atas:
1. Kita perlu membuat gula hangus untuk menghasilkan warna keperangan pada kaya kita. Caranya dgn memasak 100gm gula tanpa air sehingga warna bertukar keperangan.
2. Selepas gula menjadi perang, masukkan 300gm gula pasir, 200gm santan kotak dan 100gm air paip . Masak hingga mendidih.
3. Agak-agak nak mendidah, masukkan daun pandan untuk bau dan rasa lebih baik. Bila mendidih, boleh matikan api.
4. Biarkan ia sejuk sekejap dan campurkan dengan 4 biji telur. Kemudian masak menggunakan kaedah double boiler seperti di dalam video. Masak hingga pekat.
Nota: Jika anda ada kuali tebal spt di akhir video, anda boleh terus masak atas kuali tebal tanpa guna kaedah double boiler
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2c. Video Membuat Inti Coklat
Video 2c: Cara Membuat Inti Coklat
Resepi Inti Coklat
250gm Gresh Milk
200gm Gula Halus
60gm Marjerin / Butter
40gm Serbuk Koko
40gm Tepung Jagung
1 biji Telur
1 sudu kecil Essen Vanilla
Ringkasan video di atas:
1. Campur kesemua bahan resepi kecuali marjerin. Pukul
2. Pukul dengan whisk atau mixer sehingga ia sebati dan gulanya cair.
3. Kemudian bahan tersebut dimasak di atas dapur dengan api yang sederhana. Masak sehingga coklatnya sedikit pekat.
4. Setelah pekat, masukkan marjerin dan kacau lagi sehingga ia benar-benar pekat.
Nota: Nak lebih sedap, tambahkan perisa oren ke dalamnya. Perisa oren memang sesuai dengan inti coklat.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2d. Video Membuat Inti Kelapa
Video 2d: Cara Membuat Inti Kelapa
Resepi Inti Kelapa
1biji Kelapa Parut
100gm Gula Merah
100gm Gula Melaka
100gm Gula Pasir
1/2 cawan Air
1 sudu Besar TEpung Jagung
1 helai Daun Pandan (Optional)
Ringkasan video di atas:
1. Masukkan air, gula melaka, gula merah dan gula pasir ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana.
2. Selepas ia mendidih, tapis dan ambil airnya.
3. Masak air tapisan dan masukkan kelapa parut dan daun pandan kedalamnya.
4. Seterusnya kacau dan masak sehingga inti kelapa benar-benar pekat.
Nota: Untuk cepat pekat, tambah bancuhan tepung jagung dengan sedikit air ke dalam periuk.
5. Setelah pekat, matikan api.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2e. Video Membuat Cream Pelbagai Perisa
Video 2e: Cara Membuat Cream Pelbagai Perisa
Resepi Inti Cream
30gm Icing Sugar
80gm Susu Pekat
150gm Butter / Marjerin
Sedikit Pewarna.
Ringkasan video di atas:
1. Untuk membuat inti creamnya, anda perlu pukul ke semua bahan resepi sehingga ia kembang dan ringan.
2. Seterusnya masukkan pewarna atau emulco sedikit demi sedikit sehingga warna yang anda mahu. Siap krimnya.
Nota: Elok guna emulco. Emulco ialah gabungan pewarna dan perisa. . Emulco banyak dijual di kedai bahan bakery.
3. Untuk membuat bun lonjong ada di ajar di dalam video ini.
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2f. Video Membuat Inti Sardin dan Inti Tuna
Video 2f: Cara Membuat Inti Sardin dan Inti Tuna
Resepi Inti Sardin
3 biji Bawang Besar
2 sudu besar Cili Kisar
2 sudu besar Tomato
2 sudu besar Susu Segar
1 Tin Isi Sardin Tin
Garam & Gula Secukup Rasa
Ringkasan video di atas:
1. Tumis 3 biji bawang besar yang dipotong dadu. Tumis sehingga layu dan naik bau. (Lagi 2 biji bawang besar disimpan dulu)
2. Masukkan 2 sudu besar cili kisar dan masak sehingga pecah minyak
3. Masukkan 2 sudu besar sos tomato dan 2 sudu besar susu segar.
3. Masukkan satu sudu teh garam dan 2 sudu besar gula. Rasa dulu dgnlidah. jika kurang masin atau manis, boleh tambahkan lagi gula/garam.
4. Masukkan 1 tin isi sardin yang telah dibuang tulang dan dihancurkan.
5. Masukkan 2 biji bawang besar yang dipotong dadu.
6. Kacau dan masak sekejap je dalam 1-2 minit dan matikan api. Tak perlu masak sangat sebab akan di masukkan ke dalam bun dan dibakar lagi.
Nota: Utk tuna, tukar sardin dengan tuna sahaja.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2g. Video Membuat Inti Ayam dan Daging
Video 2g: Cara Membuat Inti Ayam dan Daging
Resepi Inti Ayam & Daging
3 Ulas Bawang Besar
3 Ulas Bawang Merah
1 Inci Halia
2 Sudu Besar Cili Giling
2 Sudu Besar Sebruk Kari Ayam
1/2 Sudu Besar Serbuk Ketumbar
400gm Isi Ayam Di potong Dadu
100gm Santan Pekat
3 biji Kentang
2 biji Bawang Besar
Garam dan Gula secukup rasa
1 Sudu Besar Tepung Jagung
Ringkasan video di atas:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
2. Seterusnya masuk bahan rempahnya iaitu cili kisar, serbuk ketumbar dan serbuk kari. Masak sehingga naik minyak.
3. Seterusnya masukkan santan. Masak sebentar.
4. masukkan ayam dan kentang yang dipotong dadu. Kecilkan api dan biarkan ayam dan kentang masak atau lembut.
5. Seterusnya masukkan bawang besar yang dipotong mayang.
6. Langkah terakhir, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkannya. Dan jangan lupa garam dan gula secukup rasa.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
MODUL 3: MEMBUAT ANEKA BUN SPECIAL
3a. Video Membuat Bun Gulung Kacang Merah Dan Cinamon Roll
Video 3a: Cara Buat Bun Gulung Kacang Merah & Cinamon Roll
Ringkasan video di atas:
1. Untuk bun gulung kacang merah, anda perlu masukkan inti kacang merah ke dalam bun dan bulatkan
2. Selepas itu, gelek nipis doh bun dan lipat dua dohnya. Seterusnya potong atas doh. Kemudian buka lipatan dan gulungkan dohnya. Kena tonton videonya baru paham.
3. Manakala untuk cinamon roll. campurkan 5 sudu besar gula perang, 1 sudu besar tepung jagung dan 1 sudu teh serbuk kayu manis.
4. Seterusnya gelek doh senipis yang boleh dan taburkan bahan tadi bersama kismis dan kurma ke atas doh.
5. Selepas itu gulung dohnya. Dan potong gulungan itu.
6. Selepas siap, letakkan di atas tray dan biarkan kembang 45 mini. Sapukan egg wash dan bakar.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3b. Video Membuat 3 Jenis Bun Special Guna Sosej
Video 3b: Cara Buat 3 Jenis Bun Special Menggunakan Sosej
Ringkasan video di atas:
1. Di dalam video ini, anda akan belajar membuat tiga jenis sosej. Anda kena tonton videonya untuk paham teknik membuatnya.
Nota: Jangan rendam sosej kerana ia akan menyebabkan sosej serap air dan kecut semasa di bakar.
Nota: Semasa membuat doh bunnya, elok taburkan sedikit tepung supaya ia tidak melekat.
2. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3c. Video Membuat Mexico Bun Atau Roti Boy
Video 3c: Cara Buat Mexico Bun Atau Roti Boy
Resepi Topping Mexico Bun
1 biji Telur
60gm Gula Halus
60gm Marjerin Pelangi
70gm Tepung Gandum
1 Sudu Besar Serbuk Nescafe
Pewarna Coklat Emulco
Cara Buat Topping:
1. Pukul telur dan gula halus hingga gula halus cair. Kemudian masukkan marjerin dan pukul.
2. Seterusnya masukkan tepung gandum, serbuk nescafe dan emulco. Pukul dengan mixer .
3. Selepas siap, masukkan ke dalam piping bag dan gunting hujungnya.
Nota: Selempas masuk ke dalam piping bag, elok simpan semalaman sebelum digunakan.
Resepi Inti Mexco bun
1 biji Telur
60gm Gula Halus
60gm Marjerin/Butter
60gm Susu Tepung
1 sudu kecil Perisa Vanila
Cara Buat Inti:
1. Pukul telur dan gula halus hingga gula halus cair. Kemudian masukkan marjerin dan pukul lagi. Dan masukkan susu tepung dan perisa vanilla.
Nota: Nak terus pukul kesemua bahan pun boleh.
Ringkasan Video Di Atas:
1. Pastikan anda telah menonton video menonton 1d dan 1f tonton video ini.
2. Buat doh bulat kecil seperti yang diajar di video modul 1d. Masukkan inti mexico bun ke dalam doh kecil dan bulatkan.
3. Letakkan di atas tray dan biarkan ia kembang selama 45minit
4. Selepas kembang, pipingkan topping mexico bun ke atasnya.
5. Kemudian bakar seperti di ajar di modul 1f
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3d. Video Membuat Bun Topping Coklat
Video 3d: Cara Membuat Bun Topping Coklat
Resepi Ganache
250gm Whipping Cream
600gm Coklat Masakan Atau Dark Coklat
50gm Butter
1 sudu madu (optional)
Nota: Jangan guna milk coklat kerana ia akan menyebabkan ganache keras di dalam peti sejuk
Ringkasan video di atas:
1. Didihkan whipping cream dengan api sederhana. Anda boleh gunakan apa sahaja whipping cream samada dairy uht atau non dairy.
2. Selepas didih, matikan api. Dan masukkan dark coklat yang dipotong kecil ke dalam periuk.
Nota: Masa saya kerja memang tuang coklat masakan dalam periuk. Mungkin sebab semua bekas telah digunakan. Tapi kalau anda mahu tuang whipping cream mendidih ke atas bekas berisi coklat masakan lagi bagus.
3. Selepas dark coklat cair, masukkan butter dan madu. Kacau sehingga bahan bercampur.
4. Bakar bun sama seperti yang diajar di modul 1f. Bun dah siap dibakar dan dibiarkan sejuk. Kemudian celup bun tersebut ke atas coklat ganache yang telah cair.
Nota: Kalau coklat ganache menjadi keras, cairkan semula dengan letakkan bekas berisi colat ganache ke atas air panas.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3e. Video Membuat Topping Chicken Floss
Video 3e: Cara Membuat Topping Chicken Floss
Resepi Chicken Floss
3 sudu besar cili Giling / cili kisar
3/4 sudu besar Serbuk Ketumbar
1/4 sudu besar Serbuk Jintan Putih
1/4 Sudu Besar Serbuk Kunyit
3 ulas Bawang Putih
1 biji Bawang Besar
5 ulas Bawang Merah Kecil
1 Inci Halia
400gm Ayam (Direbus dan Di carik)
100gm Santan
Garam dan Gula
Mayonis untuk celup bun
Ringkasan video di atas:
1. Rebus ayam dengan air. Kemudian carik-carik ayam seperti di dalam video.
2. Tumbuk bawang putih, bawang besar, bawang merah dan halia. Kemudiah tumis sehingga laju.
3. Masukkan cili kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan serbuk kunyit. Tumis hingga naik minyak.
4. Masukkan ayam yang telah siap direbus dan dicarik. Dan masukkan santan, garam dan gula. Masak hingga kering. Siap
5. Bakar bun dan biarkan sejuk di atas meja seperti diajar di dalam video modul 1d dan 1f.
6. Celup bun ke atas mayanis dan kemudian celup ke atas chicken floss. Siap.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3f. Video Membuat Creative Cheese Bun
Video 3f: Cara Membuat Creative Cheese Bun
Ringkasan video di atas:
1. Tonton dulu video 1d untuk membuat doh bun. Kita akan menggunakan doh bun yang beratnya 50gm.
2. Kemudian doh bun dibahagikan tiga dan digelek memanjang.
3. Seterusnya ia pintal. Kena tonton videonya untuk lebih jelas.
4. Biarkan doh yang siap dipintal kembang 45minit.
5. Sspukan egg wash dan taburkan cheddar cheese yang telah di sagat atau di parut.
6. Bakar seperti yang di ajar di modul 1d.
Nota: Kalau guna oven kecil elok letakkan tray penghalang di atas oven untuk mengelak cheddar chees ehangus.
7. siap bakar dan keluar oven, terus tabus sedikit gula halus di atasnya.
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3g. Video Membuat Bun Coklat
Video 3g: Cara Membuat Bun Coklat
Ringkasan video di atas:
1. Tonton dulu video membuat bun di modul 1d.
2. Cara buat sama sahaja seperi membuat bun modul 1d. Cuma tambahkan 25gm serbuk koko ke dalam resepi bahan kering untuk 500gm tepung roti.
Nota: Anda juga boleh tambahkan sukatan gula halus untuk ia lebih manis jika mahu.
3. Seterusnya cara menguli, dan lain-lain sama sahaja di dalam video modul 1d
Nota: Untuk bun coklat tidak perlu sapu egg wash ke atasnya.
4. Elok spray air paip di atas bun coklat sebelum bakar.
5. Selepas siap bakar boleh sapukan marjerin untuk menjadikan ia lebih berkilat.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
MODUL 4: MEMBUAT PAU SPECIAL
4a. Resepi Pau Lebih Sihat Dan Lembut
Resepi Kecil Pau
Bahan A: Kering
500gm Tepung Pau
50gm Gula Halus
6gm Garam
5gm Yis Segera
5gm Double Action Baking Powder
2gm Pemutih Pau
10gm Lemak Sayuran
Bahan B: Cecair
210 gm Air Sejuk
100gm Fresh Milk / Susu Segar
Nota: Garam dan gula bo.eh di tambah atau kurang mengikut citarasa anda.
Resepi Besar Pau
Bahan A: Kering
1000gm Tepung Pau
100gm Gula Halus
12gm Garam
10gm Yis Segera
10gm Double Action Baking Powder
4gm Pemutih Pau
20gm Lemak Sayuran
Bahan B: Cecair
420 gm Air Sejuk
200gm Fresh Milk / Susu Segar

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4b.Video Cara Menimbang $ Menguli Doh Pau
Video 4b: Cara Menimbang $ Menguli Doh Pau
Ringkasan video di atas:
1. Resepi ada di modul 4a. Atas video ini sahaja. Video ini untuk uli dgn tangan, jika nak uli dengan mixer heavy duty ada di ajar di dalam video 5a.
2. Timbang ke semua bahan A dan ramas dengan tangan hingga menjadi serbuk.
Nota: Untuk shortening, wajib cari shortening brand adela keluaran felda. Banyak dijual di shopee. Shortening adela menjadikan pau lembut dan putih.
3. Masukkan bahan B iaitu cecair. Kemudian gaul sehingga menjadi doh.
Nota: Untuk yis cari brand saf-instant dan double action backing powder beli di kedai bahan bakeri untuk hasil yang baik.
4.Uli di atas meja selama 20-30 minit sehingga atasnya licin semasa doh besar dibulatkan. Untuk breadmaker uli dalam masa 30-45minit. Manakala dengan mixer heavy duty, uli dalam masa 7-10minit sahaja.
Peringatan: Guna tepung pau brand baker choice dulu seperti dalam video. Byk dijual di tesco. Jika anda guna brand lain sukatan air tak sama. Ini kerana jenama tepung yang berbeza memerlukan sukatan air yang berbeza. Brand shortening yang berbeza juga mempunyai kecairan yang berbeza. So kena adjust air paip sahaja seperi diterangkan di dalam tips tambahan di modul 1g jika guna brand lain.
Nota: Jika anda penat, anda boleh uli 10-15minit dulu, Kemudiah rehat 5minit dan uli lagi 10-15minit
5. Doh yang telah siap, dibiarkan kembang di atas meja selama 30 minit.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4c. Video Membentuk & Mengukus Pau
Video 4c: Cara Membentuk & Mengukus Pau
Ringkasan video di atas:
1. Doh besar yang telah diperap 30minit. Dibahagikan pada size kecil seberat 50gm setiap satu. Kemudian dibulatkan.
2. Seterusnya dengan menggunakan roller, kita gelek. Anda perlu nipiskan lagi pada bahagian tepi-tepinya. Seterusnya dilipat-lipat seperti yang diajar di dalam video. Anda perlu tonton video untuk lebih jelas.
Nota: Untuk mudah buat bulat sahaja seperti doh bun.
3. Doh pau yang telah siap dibentuk perlu dibiarkan kembang selama 30 minit sahaja. Jangan lama sangat nanti ia akan mudah berkedut selepas dikukus.
4. Selepas air dalam periuk pengukus mendidih, barulah masukkan pau dan kukus selama 8-10minit sahaja.
Nota: Jika anda mengunakan pengukus elektrik atau steamer, kukus 13-15minit.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4d. Inti Pau
Untuk inti pau, anda boleh guna resepi ini bun dalam modul 2
2a. Video Membuat inti Kacang Merah
2e. Video Membuat Cream Pelbagai Perisa
2f. Video Membuat Inti Sardin dan Inti Tuna
2g.Video Membuat Inti Ayam dan Daging

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4e. Tips Tambahan Dalam Pembuatan Pau
1. Cara Membuat Pau Lebih Putih
a. Serbuk pemutih pau utk memutihkan pau. Ia boleh dibeli di kedai menjual bahan bakery. Tapi untuk lebih sihat, elok tak perlu masukkan pemuith pau ini kerana ia bahan kimia..
b. Elakkan menggunakan bahan yang berwarna kuning. Seperti kuning telur kerana warna kuning telur akan menjadikan pau anda lebih kuning.
c. Kalau nak pau lebih gebu dan halus kena guna tepung guna tepung roti brand diamond. Tapi sebelum guna, guna dulu tepung pau brand bakerchoice spt dalam video untuk hasil yang sama
d. Wajib guna shortening adela kerana menjadikan pau lebih lembut dan lebih putih. Ada di jual di shopee.
2. Cara Membuat Pau Tidak Berkedut
a. Doh pau yang telah siap dibulat kecil tidak boleh diperap lama. Jika diperap lama, ia akan mudah berkedut selepas di kukus nanti. So kena perap dalam masa 30minit sahaja.
b. Doh yang tak cukup uli atau tak cukup kenyal juga menyebabkan pau berkedut. Kenyal ini menjadikan pau tidak mudah berkedut. Boleh tambah masa uli untuk ia lebih kenyal dan lagi susah berkedut.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4

4e. Tips Tambahan Dalam Pembuatan Pau
c. Jika guna pengukus kecil, elok lepas air mendidih, kecilkan api dan masukkan pau. Takut tekanan yang tinggi di dalam pengukus menyebabkan pau berkedut.
d. Selepas pau siap dikukus. Angkat pengukus pau dengan penutup pengukus sekali. Dan biarkan sekejap sebelum dibuka. Ini akan mengelak tekanan mengejut udara sejuk diluar pengukus ke atas pau anda.
e. Doh pau jangan terlalu lembik. Ia juga punca pau berkedut.
3. Guna Tepung Brand Lain
Jika anda menggunakan tepung brand lain. Sukatan air biasanya berbeza. Ini kerana kadar serapan air setiap ladang tepung berbeza. Oleh itu anda buat dulu dengan resepi yang sama. Jika dohnya lembik sangat, boleh tambah lagi sedikit tepung. Tapi untuk cubaan kedua, anda kena kurangkan 10gm sukatan airnya. Sebaliknya jika dohnya langsung tidak melekat, anda boleh tambah 10gm sukatan air pada cubaan kedua.
4. Frozen Pau
Untuk frozen pau, anda hanya perlu kukus pau seperti biasa. Lepas pau siap kukus, sejukkan pau di atas meja selama sejam. Seterusnya masukkan pau ke dalam plastik bungkusan dan masuk ke dalam peti beku. Ia tahan 3 bulan dalam peti beku. Untuk kukus semula pau dari peti beku, biarkan dulu 30 minit atas meja dan baru kukus semula seperti biasa.
5. Nak Pau Lebih Besar.
Doh pau sebelum kukus, kita perap selama 30minit untuk elak berkedut. Tapi jika pau anda tiada masalah berkedut, boleh tambah masa perap kepada 45 minit untuk pau anda lebih besar dan kembang. Kalau cukup uli memang tak berkedut.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
MODUL 5: CARA GUNA MESIN & KIRA KOS
5a. Video Menguli Doh Bun dfn Mixer Heavy Duty
Video 5a: Cara Menguli Doh Bun dengan Mesin Mixer
Ringkasan video di atas:
1. Resepi ada di modul 1c. Anda perlu tonton dulu video modul 1d terlebih dahulu.
2. Gaul bahan A iaitu bahan kering dan bahan berminyak. Anda boleh ramas dengan tangan dulu atau gunakan mesin mixer heavy duty dengan gear satu.
3. Kemudian masukkan bahan B iaitu bahan cecair. Dan uli dengan gear dua. Selepas bahan mula menjadi doh, kita masukkan bahan C iaitu tambahan tepung.
Nota: Jika nak tukar gear mesin, anda perlu matikan suiz dulu supaya tidak cepat rosak.
4. Selepas bahan bercampur, uli dalam masa 10 minit menggunakan gear dua. Siap
Nota: Untuk doh roti anda hanya boleh guna sehingga gear dua. Tidak boleh guna gear tiga. Di dalam video saya gunakan mesin mixer heavy duty 3kg.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5b. Video Guna Industrial Gas Oven & Oven Biasa
Video 5b: Cara Guna Industrial Gas Oven Dan Oven Biasa
Ringkasan video di atas:
1. Pasang plug oven dan kepala gas oven. Hidupkan suiz utama industrial oven
2. Setikan suhu atas dan suhu bawah kepada 180 darjah. Semasa setkan suhu, api akan dihidupkan.
3. Tunggu suhu dalam oven mencapi 180 darjah. Lampu merah akan menyala apabila suhu mencapai 180 darjah.
4. Apabila suhu telah capai 180 darjah, setkan masa kepada 25minit. Kemudian on kan suiz timer.
5. Masukkan bun ke dalam industrial oven. Selepas 12 minit terbalik keduduakan tray roti supaya masak sama rata.
6. Selepas siap masak selama 25minit, alarm oven akan berbunyi. Anda boleh matikan suiz dan keluarkan tray bun dari oven. Siap.
Nota: Untuk oven kecil di rumah, biasanya kita guna suhu 150darjah atau 160darjah.
Nota: Semasa saya bekerja di hotel dulu, semua roti guna suhu 180 darjah celcius untuk api bawah dan api atas guna industrial oven.
Nota: Lain brand industrial oven lain kualiti. Anda perlu adjust suhu dan masa bergantung kepada hasil roti anda. Jika atas cepat berwarna brown dari bawah, kena kurangkan suhu atas. Jika atas dan bawah telah brown, tapi dalam belum masak, kena kurangkan suhu atas dan bawah.
Nota: Elok beli industrial oven jenis gas kerana ia jimat elektrik. Jika pasang di rumah memang kena elakkan guna industrial oven jenis elektrik kerana ia boleh merosakkan peti elektrik anda.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5c. Panduan Membeli Mesin Baru & Secondhand
Untuk mencari penjual mesin makanan seperti mesin penguli, dan industrial oven anda hanya perlu bertanya pada kedai bahan bakery di tempat anda. Biasanya mereka memang tahu di mana kedai mesin makanan berdekatan di tempat anda. Semua jenis mesin makanan ada dijual di kedai yang sama. Dan kedai mesin makanan memang jual mesin baru.
Manakala untuk mesin second hand, anda boleh cari di www.mudah.my , Anda masuk ke laman webnya di www.mudah.my dan pilih negeri dan daerah ditempat anda. Kemudian taip kan mesin yang anda cari. Contoh industrial oven atau mixer heavy duty. Anda juga boleh jual apa sahaja barang lama dan tidak digunakan di www.mudah.my . Jika anda beli mesin second hand, pastikan anda minta alamat kedai mesin tersebut untuk support atau bantuan jika mesin tersebut rosak.
Untuk mixer heavy duty, jenama yang bagus ialah brand Spar. Ia memang tahan lama. Namun harganya lebih mahal dalam RM2800 untuk 3kg. Manakala mesin heavy duty yang murah ialah buatan china dalam RM1400 seperti dalam video modul 5g. Jika anda beli buatan china, pastikan kedai mesin menyediakan support terbaik jika menghadapi kerosakan. Macam mesin saya, baru guna beberapa bulan motor dalamnya telah rosak dalam tempoh waranti. Tapi selepas motornya ditukar baru, sampai sekarang tidak rosak-rosak lebih 7 tahun.
Untuk Industrial oven yang bagus ialah buatan taiwan seperti brand sooner, fagor, hobery & sigma. Tapi mahal. Utk jimat,boleh beli industrial oven buatan china seperti dalam video modul 5h. Industrial oven buatan china dalam RM1500 untuk yang satu tray atau satu tingkat. Jika beli buatan china, elok beli yang baru dari kedai untuk mendapat support mereka jika rosak.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5d. Video Cara Membungkus Dan Melabel Harga
Video 5d: Cara Membungkus Dan Melabel Harga
Ringkasan video di atas:
1. Untuk membungkus bun, anda perlukan plastik lutsinar dan alat sealer. Alat ini boleh dibeli di shopee secara online.
2. Sebelum bungkus, biarkan roti sejuk di atas meja selama 2 jam. Kemudian baru masuk dalam plastik dan sealkan. Kemudian lekatkan pelakat harga di atas plastik.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5e. Video Pengiraan Kos & Gandakan Resepi
Video 5e: Cara Pengiraan Kos & Gandakan Resepi
Ringkasan video di atas:
1. Dalam video ini kita akan belajar pengiraan kos, kira margin keuntungan dan cara mengandakan resepi pada kuantiti yang banyak.
2. Kita akan menggunakan perisian Microsoft Excell di dalam komputer. Excell sangat memudahkan membuat pengiraan kos secara automatik.
3. Jika anda tiada komputer, boleh buat secara manual di kertas dan pen seperti di ajar di modul 5f
4. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5f. Pengiraan Kos Dan Keuntungan Secara Manual
Langkah pertama dalam pengiraan kos ialah mengumpulkan maklumat harga bahan yang digunakan. Seterusnya, barulah kita kira kos untuk setiap bahan yang digunakan di dalam resepi seperti dibawah.
(Tukar posisi handphone ke landscape utk lebih besar)
Jika anda mempunyai asas matematik yang baik, tentu tiada masalah dalam pengiraan kos yang digunakan. Untuk lebih jelas, kita ambil satu contoh mengira kos gula halus. Katakan gula halus yang beratnya 1000gm berharga RM3.10. Sekiranya kita guna 100gm gula halus di dalam resepi, Maka kos 100gm gula halus ialah = 100gm/1000gm X RM3.10 = Rm0.31.
Kita ambil contoh mengira kos shortening pula. Katakan harga shortening untuk 1000gm ialah RM6.10. Sekiranya kita hanya menggunakan 50gm shortening, Maka kos 50gm shortening ialah = 50gm/1000gm X RM6.10 = Rm0.30. Cara pengiraan kos bahan lain adalah sama sahaja.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5f. Pengiraan Kos Dan Keuntungan Secara Manual
Langkah Kedua ialah mengira berapa biji bun yang dapat dihasilkan dari resepi tersebut. Cara terbaik ialah menggunakan berat. Selepas saya timbang, resepi tadi menghasilkan jumlah berat doh bun besar seberat 1040gm. Manakala satu biji doh bun kecil ialah 40gm. Maka jumlah biji bun yang dapat dihasilkan dari resepi tersebut ialah 1040gm/40gm = 26 biji bun.
Langkah Ketiga ialah mengira berapa kos sebiji bun. Seperti pengiraan langkah kedua, resepi di atas boleh menghasilkan 26 biji bun. Manakala jumlah kos seperti di dalam table sebelum ini ialah RM4.65. Jadi pengiraan kos untuk sebiji bun ialah jumlah kos RM 4.65 / 26 biji = RM0.18. Maka kos sebiji bun ialah Rm0.18
Langkah 4: Kira Kos Kacang Merah
Seterusnya kita buat pengiraan kos inti kacang merah. Caranya sama sahaja seperti pengiraan kos seunit bun sebelum ini. Dibawah ini pengiraan kos bahannya.

Resepi di atas menghasilkan inti kacang merah yang berat 700gm. Manakala 1 biji bun menggunakan 15gm inti kacang merah. Jadi Kos inti kacang merah untuk sebiji bun ialah = RM4.10 / 700gm X 15gm = RM 0.09

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5f. Pengiraan Kos Dan Keuntungan Secara Manual
Langkah Terakhir: Pengiraan Margin Keuntungan Sebiji Bun Jadi jumlah kos bun dan intinya ialah = RM0.18 + RM0.09 = RM0.28. Seterusnyanya katakan anda akan menjual bun tersebut dengan harga RM1.20. Jadi keuntungan atau marjin keuntunganya ialah = RM1.20 – RM 0.28 = RM0.94 Maka keuntungan jualan sebiji bun ialah RM0.94.
Dengan memahami caranya, anda boleh membuat apa sahaja pengiraan kos dan keuntungan untuk makanan lain.
(Excell file dalam dvd perlu dibuka dengan komputer dengan cara right klik dvd drive komputer dan select open. Anda boleh ubah data dalam ruangan berwarna kelabu shj. Anda boleh ubah harga bahan dan harga jualan mengikut harga di tempat anda)


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5g. Cara Mengandakan Resepi Secara Manual
Sekiranya anda ingin membuat bun pada kuantiti yang banyak. Anda hanya perlu mengandakan resepi bun dengan mendarabkan semua sukatan resepi kepada gandaan yang sama. Contoh di bawah untuk dua kilo tepung roti..
Tepung Roti: 500gm x 4 = 2000gm
Gula Halus: 100gm x 4 = 400gm
Garam: 6gm x 4 = 24gm
Yis Segera: 10gm x 4 = 40gm
Susu Tepung: 30gm x 4 = 120gm
Bread Improver: 7gm x 4 = 21gm
Air: 260gm x 4 = 1040gm
Telur: 1biji x 4 = 4 biji
Shortening: 50gm x 4 = 200gm
Tepung Roti: 50gm x 4 = 200gm

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5h. Apa Yang Boleh Dijual Bersama Bun & Pizza
Bun sangat sesuai dijual bersama dengan kek dan donut. Anda boleh belajar membuat aneka kek di www.rahsiakek.com dan donut di www.resepicakoi.com. Banyak cream yang diajar di www.rahsiakek.com yang boleh digunakan pada inti bun. Dan jika anda menjual bun di tepi jalan atau pasar malam, amat sesuai menjualnya bersama air, dadih dan mousse. Aneka air, dadih & mousse boleh belajar di www.bisnesair.com dan aneka taufufah boleh belajar di www.rahsiataufufah.com.
Ya, bun juga boleh dijual di pasar malam. Anda letak signboard “Bun utk sarapan pagi berkhasiat utk anak A+++”. Tentu ramai yang akan beli untuk sarapan keesokkan pagi. InsyaAllah saya akan terus menghasilkan produk berkualiti. Produk terbaru dan terkini akan dimaklumkan di blog saya www.hairul.com atau terus rujuk: www.hairul.com/dvd.html

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
MODUL 6: BONUS PIZZA & INFO MENARIK
6a. Resepi PIzza Dan Inti Pizza
Resepi Pizza
250gm Tepung Gandum Biasa
250gm Tepung High Protein/Tepung Roti
10gm Yis Segera
5gm Bread Improver
40gm Gula Halus
5gm Garam
1 biji Telur
100gm Susu Segar
170gm Air Sejuk
Nota: Kalau doh pizza yang lagi lembut dan sedap, boleh guna resepi bun. Kalau guna resepi bun, hanya kurangkan gula dari 100gm kepada 40gm sahaja.
Resepi Inti Pizza
250gm Ayam Kisar Atau Tuna
2 biji Bawang Besar dipotong dadu
1/2 sudu besar Serbuk Lada Hitam
1/2 sudu besar Serbuk Lada Sulah
1 biji Lada Bengala Merah
1 Biji Lada Bengala Hijau
1/2 Sudu Besar Gula
Garam Secukup rasa
Mayonis
Sos Tomato
Mozeralla Cheese
Nota: Kalau nak lagi sedap, tambah 1/2 Sudu Besar Oregano. Masuk dengan lada sulah dan lain2.
Nota: Untuk ayam atau daging kisar, boleh beli dagisng kisar brand ramli yang telah dijual siap dalam pack di hypermarket.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
6b. Video Membuat Pizza
Video 5e: Cara Pengiraan Kos & Gandakan Resepi
Ringkasan video di atas:
1.Untuk resepinya ada di modul 6a. Video ini untuk uli dgn tangan, jika nak uli dengan mixer heavy duty ada di ajar di dalam video 5a.
2. Timbang ke semua bahan kering dan shortening. Ramas dengan tangan hingga menjadi serbuk.
3. Masukkan bahan cecair. Kemudian gaul sehingga menjadi doh. Dan uli sehingga bahagian atas doh menjadi licin apabila di bulatkan.
4. Selepas siap menjadi doh, timbang doh ikut berat di bawah dan bulatkan. Kemudian perap selama 30 minit
Pizza regular = Loyang 9inci = Berat Doh 220gm
Pizza personal = Loyang 6inci = Berat Doh 110gm
Pizza Large = Loyang 12inci = Berat Doh 440gm
5. Seterusnya gelek doh pizza sehingga nipis dan menjadi size 9 inci jika buat pizza regular
6. Letakkan di dalam loyang pizza 9 inci dan biarkan ia kembang selama 45minit
7. Selepas kembang, panaskan oven. Selepas oven panas, tekan bahagian tengah pizza dan cucuk dengan garfu seperti di dalam video.
Nota: Suhu oven 150 darjah dan guna simbol api atas bawah dan kipas dibuka. Suhu oven juga kena adjust bergantung pada kualiti oven anda. Jika doh pizza terlalu cepat brown, kena kurangkan suhunya.
8. Dan terus masuk doh pizza ke dalam oven. Bakar dalam masa 10-12minit bergantung kepada kualiti oven anda. Bakar sehingga kulit roti sedikit brown atau masih putih.
9. Keluarkan roti pizza dari oven dan biarkan ia 30minit.
10. Kemudian sapukan sos tomato di atas roti pizza, taburkan sedikit mozzarella cheese, letakkan inti pizza dan taburkan lagi banyak mozzarella cheese.
11. Masukkan ke dalam oven dan bakar 8-10minit bergantung pada oven anda. Jika cheese atasnya keras, ia sebab terlebih masa bakar. Jika atas cheese tidak bertali, ia terkurang masa bakar. So kena adjust juga masa bakar.
12. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
6c. Video Membuat Inti Pizza
Video 5e: Cara Pengiraan Kos & Gandakan Resepi
Ringkasan video di atas:
1.Untuk resepinya ada di modul 6a. Sediakan bahan-bahan inti pizza seperti dalam modul 6a
2. Tumis bawang, dan masukkan isi tuna atau ayam yang telah siap dicampur dengan serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, kiub pati ayam dan gula.
Nota: Untuk lebih sedap masukkan 1/2 sudu besar oregano.
3. Setelah masak, masukkan cili bengela. Kacau sekejap dan matikan api.
4. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
6d. Cara Buat Duit Dgn Jadi Agen Promosi
Anda boleh buat duit dgn menjadi agen promosi produk ini. Komisen yang diberikan ialah RM20 dari jualan setiap pakej. Kalau anda dapat jualan 10 pakej maka komisen anda terima adalah rm20X10=RM200 untuk anda. Lumayan
Web daftar: www.rahsiabun.com/daftaragen7
Web Log in: www.rahsiabun.com/login
Soalan Lazim agen: www.hairul.com/blog/agen
Elok anda tonton video di website di bawah untuk cara mendaftar, cara log in dan cara mendapatkan komisen:
Video 7a. Cara Menjadi Agen

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
6e. Kenapa Resepi Tidak Boleh Di Share Terbuka
Seperti yang diberitahu dalam website, dvd ini untuk kegunaan anda, keluarga anda dan perniagaan anda. Bukan tujuan untuk diedarkan atau dijadikan bahan mengajar orang lain. Anda tidak dibenarkan berkongsi segala resepi atau teknik di dalam video ini. Jika rakan anda berminat belajar, mereka perlu membelinya dari Hairul HIssam atau anda boleh belikan untuk mereka sebagai hadiah.
DVD ini dijual di internet. Jika anda share pada kawan anda dan kawan anda share pada kawan yang lain. Dan kawan yang lain pula share di internet, ia akan memberi kesan yang teruk kepada bisnes online saya. JIka anda sendiri buat bisnes ini secara fulltime seperti saya, anda tentu risau & buat perkara yang sama. Semoga anda menjaga keberkatan iagar anak anda, keluarga anda dan rakan anda sihat dan baik.
Penafian: Video ini dihasilkan berdasarkan pengalaman penulis untuk pembelajaran pembeli. Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kerugian, kesilapan atau kecederaan yang ditanggung oleh pembeli semasa mempraktikkan video ini.


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
6f. Support Dan Bantuan Pembeli
Pastikan anda telah tonton dan baca dengan teliti semua video dan tips sebelum bertanya. Bukannya tengok sikit, whatsaap, tengok sikit whatsapp. Sebenarnya semua telah diterangkan di dalamnya. Namun jika anda pertanyaan dan masalah boleh hubungi saya melalui whatsap di bawah:
Whatsapp: +60137757915
Kalau boleh, hantar dalam satu mesej. Panjang tak pe. Maklumlah ramai sangat pembeli dan bakal pembeli yang menghantar mesej tak henti-henti.

